Presint
P8E adalah merupakan sebahagian daripada kawasan
perumahan di Presint 8, Putrajaya yang
pada
masa ini menempatkan sebanyak 379 unit rumah.
Masih terdapat 41 lot banglo yang masih belum
dibangunkan.
Apabila siap dibangunkan, kawasan ini akan menempatkan
sebanyak 420 unit rumah dengan 306 unit atau
73% sebagai kuarters pegawai dan kakitangan kerajaan
dan selebihnya 114 unit atau 23 % milik individu.
Mengambilkira
norma perkiraan penduduk, 5 orang satu rumah,
maka jumlah penduduk di kawasan ini nanti akan berjumlah
2100 orang. Di bawah ini ditunjukkan pecahan
jumlah rumah mengikut jenis dan pemilikannya.
Berkembar
92 unit - 62 unit kuarters
30 unit individu
Teres
287 unit - 221 unit kuarters
66 unit individu Lot
Banglo (Kosong)
41 unit - 23 unit kuarters
18 unit individu
Di mana Presint P8E?
Antara
kemudahan awam yang terdapat dalam plan
pembangunan kawasan ini adalah sekolah rendah,
tadika,
medan selera dan bangunan komersial. Sekolah
rendah telah beroperasi sejak tahun 2005.
Selain daripada bangunan tadika yang dalam
proses pembinaan kemudahan-kemudahan lain
masih belum dibangunkan.
Di samping itu di kawasan P8E ini
juga terletaknya Istana Selangor yang telah
pun siap dibina. Berjiran
dengan kawasan perumahan P8E ini terdapat
satu kelompok 4 blok pangsapuri yang mengandungi
280
unit rumah. Kesemuanya adalah kuarters kerajaan.
Dengan
komposisi perumahan seperti yang dinyatakan sebelum
ini, jelas
bahawa majoriti ahli keluarga di kawasan Perumahan
P8E ini adalah terdiri daripada
Pegawai Kerajaan. Dengan mengambil kira terdapat
sebilangan keluarga yang
suami dan isteri bekerja kerajaan, dengan itu dianggarkan
80% daripada
penduduk dewasa di kawasan ini adalah terdiri daripada
pegawai dan kakitangan kerajaan. Berdasar
kepada kelas kuarters yang mereka duduki pula, dapat
dikategorikan mereka ini terdiri daripada kelas
pengurusan pertengahan dalam
kumpulan sokongan 1 hingga kepada kumpulan professional
dan pemegang
Jawatan Utama (JUSA) dalam perkhidmatan kerajaan.
Dengan latar belakang
perkhidmatan yang sedemikian, dapat disimpulkan
bahawa taraf pendidikan
ketua keluarga di kawasan ini sekurang-kurangnya
berkelulusan Diploma. Harga
rumah milik individu yang melebihi tiga ratus ribu
bagi rumah teres dan hampir mencecah satu juta bagi
rumah berkembar, dapat memberikan gambaran bahawa
mereka ini juga merupakan kumpulan profesional dan
tergolong dalam kategori berpendapatan pertengahan
atas dan atas.