Menyedari
akan masalah sosial seperti kes masuk rumah dan
kecurian yang kian meningkat, Penduduk P8E telah
menubuhkan Rukun Tertangga yang telah diluluskan
oleh Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional
pada 31 Disember 2005.
Peta
rondaan Rukun Tetangga
Organisasi
ini memerlukan tempat untuk beroperasi secara
berkesan.
Satu-satunya tempat yang dilihat sesuai
adalah bangunan Tadika yang sedang di bina.
Dengan pengurusan bangunan tersebut diberi
kepada Persatuan Penduduk P8E Bangunan berkenaan
benar-benar akan dimaksimumkan penggunaannya
demi faedah masyarakat.
Kewujudan
Rukun Tertangga di Putrajaya ini sangat
relevan disebabkan oleh konsep pembangunan
perumahan tanpa pagar. Walaupun matlamat
konsep ini sungguh baik namun tidak dapat
dielakkan ia juga menimbulkan pelbagai kesan
negatif. Kegiatan mencuri kasut memang telah
menjadi kegiatan bisnes yang memberansangkan
bagi penagih-penagih dadah. Dengan rumah
tanpa pagar mereka dengan mudah boleh sampai
ke depan pintu bagi menuai hasil mereka
dan ini adalah salah satu faktor yang telah
menarik pengiat-pengiat luar memanjangkan
aktiviti mereka ke Putrajaya. ini memerlukan
tempat untuk beroperasi
secara berkesan.
Tidak
sahaja manusia, binatang juga boleh sampai dan
membantu mengemas ruang dapur dan basuhan
yang terletak di luar. Anjing amat sensitif bagi
umat Islam. Kehadiran mereka di Putrajaya seolah-olah
mendapat undangan. Daripada jumlah yang kecil,
kini ada gerombolan yang mencapai 12 ekor. Benar, fenomena
ini mungkin sementara. Sementara, kalau tindakan
penguatkuasaan dilakukan. Jika tidak,
akhirnya mereka akan menjadi sang penguasa di
Putrajaya pada waktu malam dan pada waktu siang
mereka akan mengintai anak-anak untuk menjadi
mangsa. Di sini peranan Rukun Tetangga yang berteraskan
keselamatan untuk masyarakat setempat menjadi
semakin penting.