Pemerkasaan
dan pengukuhan Institusi Masyarakat mestilah dijadikan
satu agenda penting dalam kita
membangunan
sumber insan. Pemerkasaan ini harus dibuat dengan
penglibatan seluruh anggota masyarakat
dalam
sesuatu penempatan itu. Sejarah telah membuktikan
kepada kita bahawa Institusi Masyarakat memainkan
peranan
yang amat penting dalam memupuk perpaduan di kalangan
anggota masyarakat. Perpaduan yang wujud
akan
melahirkan keharmonian yang secara langsung akan
dapat merapatkan jurang antara anggota masyarakat.
Di
samping ia dapat membentuk benteng bagi menghalang
anasir-anasir tidak sihat meresap dan merosakkan
keperibadian
anggota dan meruntuhkan kerukunan institusi kekeluargaan
dalam masyarakat itu. Kejayaan
membendung nilai-nilai negatif melalui pemerkasaan
Institusi Masyarakat akan menjamin
kesejahteraan
dan seterusnya menjana pembangunan dalam membina
satu bangsa yang gemilang lagi terbilang.
Pada
hari ini Institusi Masyarakat telah menjadi semakin
longgar jika dibandingkan dengan zaman generasi
terdahulu.
Kesan daripada keadaan ini hampir setiap hari
kita dipaparkan dengan pelbagai gejala sosial
yang
melanda
masyarakat kita. Betapa nilai-nilai tradisi yang
murni, penuh dengan rasa saling hormat serta
bertoleransi
telah terpinggir jauh ketepi. Nilai-nilai kemanusiaan
telah menjadi begitu nipis dan dengan mudah
dapat
dirobek serta tidak di hayati. Atas kesedaran
inilah maka PERSATUAN KOMUNITI P8E
ditubuhkan dan
didaftarkan
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
*
Keharmonian Komuniti Presint P8E ini dapat
diterjemah melalui gambar aktiviti-aktiviti
di sebelah.
Dalam
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmonis, bertoleransi,
berkerjasama dan bersatu-padu
serta
saling faham-memahami dalam memperkasakan Institusi
Masyarakat ke arah mencapai kecemerlangan dan
kegemilangan.
Persatuan akan mengambil inisiatif dan memainkan
peranan aktif untuk menggerakkan anggota
masyarakat
dalam pelbagai kegiatan.
Di
bidang sosial dengan mengadakan pelbagai aktiviti
khususnya dalam melahirkan sebuah masyarakat
yang
berbudaya ilmu disamping menjana sebuah masyarakat
yang sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.
Dalam
bidang ekonomi dengan mengujudkan peluang
pekerjaan kepada suri rumah dan pesara di kawasan
ini yang masih
produktif dengan menggunakan kepakaran
dan pengalaman yang mereka miliki. Diantaranya
termasuklah
menguruskan taman didikan kanak-kanak,
Kelas Al Quran dan Fardu Ain, Kelas Tuisyen dan
pelbagai lagi yang
dapat memberi manafaat kepada
penduduk sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Dengan
taraf pendidikan dan pengalaman dikalangan anggota
penduduk di kawasan P8E ini nyata
persatuan
ini mempunyai modal sumber insan yang tidak ternilai
yang dapat digembling dalam memacu sebuah
masyarakat
yang progresif, maju dan unggul yang dapat dijadikan
contoh dalam membangunkan sebuah
masyarakat di
Putrajaya.