Dalam
menjalankan kehidupan seharian seperti biasa,
ahli jawatankuasa komuniti sentiasa berkumpul dan mengadakan
perbincangan dalam memastikan komuniti ini hidup
dengan menjalankan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan. Acara gotong-royong memasak bubur;
sebagai contoh adalah hasil daripada buah
fikiran dan kerjasama ahli jawatankuasa komuniti
dan ahli komuniti itu sendiri. Hampir seluruh
komuniti P8E mengambil bahagian dalam acara ini. Perjalanan Rukun
Tetangga dalam memastikan keadaan Presint P8E
ini sentiasa selamat juga merupakan
salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan komuniti
P8E ini. Jika hanya sebahagian pihak sahaja yang
beria-ia menjalankan aktiviti ini, pastinya Rukun
Tetangga P8E ini tidak sempurna memandangkan kawasan
presint ini yang luas.
..................................................................................................................................................................................
PROGRAM UMRAH & ZIARAH
Biro Umrah
Persatuan Komuniti Presint P8E bercadang menganjurkan program umrah dan ziarah dengan cara pembiayaan yang istimewa. Kepada ahli komuniti yang berminat untuk menyertai, maklumat lanjutnya ialah pada Malam Muhibbah dan Mesyuarat Agong Persatuan pada 29.3.2006 (Rabu)
8.30 malam, Dewan Serbaguna Presint 8.
Seringkali
komuniti-komuniti lain menjalankan aktiviti luaran,
tetapi apabila ahli komuniti melangkah sahaja ke dalam kediaman masing-masing,
hubungan dengan komuniti terputus begitu sahaja.
Dengan itu, Komuniti Presint P8E dengan
berbesar hati mempersembahkan 2 resepi percuma
sumbangan Puan Zarina Binti
Ismail. Cubalah!