|
Monumen Alaf Baru Kebangsaan |
Monumen ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B Perdana Menteri ke-4 iaitu Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamed pada 30 Ogos 2003. Majlis perasmian disempurnakan dengan upacara perletakan 'Perutusan Khas Y.A.B Dato Seri Mahathir bin Mohamed' di dalam kapsul masa di tapak Monumen.
Perutusan Khas ini hanya akan dibaca pada tahun 2020 nanti. Y.A.B. Perdana Menteri juga telah menandatangani plak khas bagi mengingati upacara bersejarah ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu dan beberapa orang Menteri Kabinet serta isteri masing-masing.
Monumen Alaf Baru Kebangsaan merupakan monumen kebangsaan yang pertama dibina di Putrajaya. Pembinaannya diilhamkan untuk mendokmentasikan sejarah kegemilangan negara melalui rekabentuk yang mengenengahkan kesenian dan keindahan warisan budaya dan negara.
Monumen ini akan menjadi penghubung untuk generasi muda memahami sejarah perjuangan, pengorbanan dan kejayaan pemimpin negara untuk dijadikan pendorong bagi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Monumen yang diasaskan daripada bentuk Bunga Raya ini mempunyai ketinggian 68 meter. Tiang utamanya mempunyai diameter yang berbeza iaitu dari 3 meter di bahagian tapak, 4 meter di bahagian tengah dan seterusnya meruncing hingga ke puncaknya. Bahan utama bagi pembinaan monumen ini adalah tiub besi waja yang diperkukuhkan dengan struktur-struktur besi waja. Keseluruhan struktur ini akan dillindungi oleh 'aluminium cladding' yang dikhaskan dengan ukiran yang menggambarkan detik-detik penting di dalam sejarah negara.
Monumen ini terletak di dalam taman seluas 26 hektar di Presint 2, Putrajaya. Lokasinya di pinggiran tasik, menyerlahkan keunikan dan keindahan rekabentuk monumen ini. Pada malam hari, cahaya lampu suar (beacon light) menjadikan monumen ini kelihatan lebih indah dan dapat dilihat dari jauh.
Monumen Alaf Baru Kebangsaan ini dapat dikunjungi dengan mudah melalui jalan darat dan juga dari tasik dengan menggunakan perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya. Kemudahan lain yang terdapat di sini termasuklah restoran yang boleh memuatkan seramai 100 orang, promenad pinggir tasik, kiosk maklumat, tempat meletak kereta dan bas persiaran, wakaf dan tandas awam.
Pembinaan monumen ini telah dimulakan pada bulan Julai 2002 dan siap pada bulan Ogos 2003.

Konsep rekabentuk monumen menjurus kepada 6 jenis hubungan, iaitu:-
|