BOX_TOP

Latihan

spacer
Enlighter
DIKENDALIKAN OLEH JURULATIH MAHIR SETIAP SABTU & AHAD di CYBERJAYA

Ia adalah latihan asas untuk individu memperolehi skil, tatacara kendalian Paraglider, kendalian peralatan paramotor, penyelegaraan enjin & campuran minyak dan petrol, pemakaian 'harness' yang kemas dan betul, perlepasan dan pendaratan dengan seliaan jurulatih bagi mencapai peringkat terbang solo sesingkat tempoh masa 3~7 hari.

Juga dilatih segala aspek Luncur Udara Bermotor yang merangkumi perlepasan arah hadapan(forward launch) dan arah belakang (backward launch), teknik-teknik dan tip berguna, selengaraan peralatan, menguasai mpelajari cuaca dan arah angin, teknik terbangan selamat. Antara perkara perkara yang terkandung dalam latihan adalah seperti berikut:
Silibus Latihan
  • Mempelajari dan memahami peralatan Paraglider, Harness, Propeller dan Paramotor.
  • Mempelajari bahagian-bahagian Paraglider, fungsi dan kegunaannya.
  • Belajar memasang 'harness' dan melaras tali "harness" untuk keselesaan, penggunaan yang betul dan selamat.
  • Cara kendalian Paraglider untuk pelatih baru di darat.
  • Menaik dan mengembang Paraglider dan belajar mengendali kawalan kiri dan kanan tali brek.
  • Perlepasan arah hadapan tanpa enjin.
  • Perlepasan arah hadapan ditunda dengan tali untuk terbang rendah dengan Paraglider.
  • Kendalian enjin didarat dan mengawal dan merasai tork enjin.
  • Asas pemeriksaan awal sebelum &selepas terbang.
  • Asas selengaraan enjin, campuran minyak dan petrol yang betul, dan membersihkan enjin
  • Asas selengaraan Paraglider, melipat dan cara jagaan Paraglider.
Perhatian:
Adalah diingatkan bahawa menjalani latihan Luncur Udara Bermotor dari sesebuah kelab atau jurulatih berpengalaman adalah di galakan dan adalah mustahil untuk anda menguasai atau mempelajari sukan ini secara bersendirian.

Tanpa seliaan jurulatih atau seseorang yang berpengalaman,anda mungkin boleh mengalami kecederaan atau maut.

Hubungi kami di SWYM untuk maklumat lanjut.
BOX_BOTM
SPACER