
Warta Mingguan SWYM

REVOLUTION
Saksikan kemunculannya di SWYM tidak lama lagi. REVOLUTION from Paramania....
Semalam sewaktu sedang orbit di padang untuk menghabiskan minyak kira kira jam 1110am..tiba tiba tiupan angin menjadi begitu garang dan keras. Payung Enlighter terpaksa mengharung tiupan angin yang kuat. Drama selama hampir 30 minit itu berakhir dengan pilot landing hampir 1 km dari landing spot.
DK-GT dengan enjin 200cc hanya berupaya mengekang dan menyelamat kan pilot dari dihempas ke kabel voltan tinggi dan bangunan sekitarnya. Kerana tiupan angin yang kuat itu pilot telah ditolak kebalakang kearah bangunan sekitar dan kabel voltan tinggi. Yang mencabarnya bila kita terpaksa terbang berundur. Tanpa kawalan yang baik pasti padah yang menimpa.
Apa apa pun, saya amat puji payung Enlighter nie kerana stabil, tidak mudah rebah ataupun STALL. Memang dah TERBUKTI dan saya yang merasai dan mengawalnya sendiri ...Payung Enlighter nie dikelaskan kan DHV1-2 (beginer to intermediate). Ia sudah terbukti dan anda yang terbang dengannya tidak perlu gusar. Disebabkan enjin DK-GT kehabisan minyak dan kehilangan tenaga, pilot terpaksa melakukan pendaratan cemas atas jalan selepas terlanggar pokok akibat tolakan angin dari arah depan ketika hendak mendarat.Pilot mengalami kecederaan di kedua bahagian siku tangan terheret oleh payung dijalan raya selepas mendarat akibat tiupan angin kencang. (Ini la bahana jika terbang tidak mengenakan pakaian yang betul. ) Semalam hanya memakai Tshirt lengan pendek saje. Biasanya saya pakai pakaian lengkap. Ini gara gara langgar pantangla nie. Ada beberapa orang saudara Indon dan saudara berbangsa Cina datang membantu, Diucapkan terima kasih kepada mereka
Apa yang dapat dipelajari dari insiden ini - Jangan terbang diluar waktu. Jam 11am amat tidak sesuai untuk terbang. Pakai overall untuk keselamatan , jika jatuh pun tidak akan tercalar balar. Apa apa pun syukur tiada kecederaan serious, cuma propeller perlu diganti baru.
Saufis..
24/4/06
-
[Kembali]



