
Pengenalan
![]() |
Jika ini yang anda impikan sekian lama, maka ParaLuncur Bermotor atau Paramotor mungkin jawapan untuk anda. Dengan kos permulaan yang rendah dan latihan asas yang singkat (3 ~ 7 hari/ 15 ~ 20 jam) oleh jurulatih berpengalaman kami, anda sudah boleh mengemudi dan mempuyai pesawat ringan peribadi kawalan anda sendiri.
Buat ketika ini SYWM sudah mempunyai ahli tetap hampir 20 orang yang selalu berlatih bersama sama pada setiap Sabtu dan Ahad di Setia Alam, Puchong, Putra Height dan Pulau Indah, Klang.
ParaLuncur Udara Bermotor adalah sukan udara yang seronok dan mengujakan. Bermula di Eropah seterusnya ke Amerika, ia menular menjadi popular ke serata dunia. Usia sukan ini sudah mencecah lebih 18 tahun dan dengan teknologi dan kecanggihan pembuatan terkini peralatan sukan ini kini mudah diperolehi, lebih lasak, tahan lama dan semestinya mempuyai ciri ciri keselamatan yang sewajarnya.
Bercanggah dengan persepsi sesetengah individu, ia sebenarnya mampu dimiliki oleh mana mana peminat sukan ini.
ParaLuncur Udara bermotor membuka ruang untuk anda merasai pengalaman terbang dan menikmati pemandangan dari udara yang anda mimpikan sebelum ini. Definasi mudahnya, ParaLuncur Udara bermotor adalah gabungan Paraglider atau Paraluncur dan sebuah motor kecil 2 lejang seberat 25~35kg berkuasa 150~200cc memutarkan kipas yang disandang di belakang badan anda.
Keselamatan:
ParaLuncur Udara Bermotor adalah aktiviti sukan udara berisiko rendah. Jika dibandingkan dengan cabang penerbangan yang lain, ParaLuncur bermotor ini mempunyai risiko yang paling kecil. Jika anda juruterbang melakukan terbangan dengan cara selamat dan mengamal kan disiplin yang baik maka penerbangan anda juga selamat.
Peraturan dan Undang Undang:
Pihak JPA (DCA) menggalakan individu yang terlibat dalam sukan ParaLuncur Udara bermotor ini untuk mendapat kan lesen PPL (R) setelah menjalani latihan asas penerbangan, penggunaan peralatan secara teori dan amali. Latihan asas boleh dijalani dari kelab kelab ParaLuncur Udara terbang bebas dikendalikan oleh individu tertentu atau hubungi kami di SWYM.
Peralatan ParaLuncur Udara Bermotor:
Kelab SWYM berupaya membantu mendapatkan peralatan paramotor dan Paraluncur untuk anda dengan harga berpatutan bergantung kepada citarasa dan minat anda. Harga sebuah enjin bermula dari RM6500 hingga ke RM25000 manakala untuk harga Paraluncur atau Paraglider harganya bermula dari RM6000 ke RM12,000. Kebanyakan Paramotor ini adalah diimport dari luar negeri terutama dari Asia(Korea, Jepun), Eropah(Rep Czech, UK, Sepanyol) dan Amerika Syarikat menyebabkan harganya agak tinggi. Sekiranya anda punya kemahiran teknikal, anda mungkin berupaya membina enjin paramotor anda sendiri.
Hubungi kami di SWYM untuk maklumat lanjut




