
Soalan Lazim
Sukan luncur udara bermotor merupakan sukan udara yang paling rendah risikonya jika dibanding dengan mana mana sukan udara yang lain. Anda dimestikan untuk mengikuti kursus latihan dari jurulatih yang mahir dan berpengalaman ataupun menyertai kelab kelab paramotor di Malaysia. Dengan menjalani latihan yang betul akan menyingkatkan tempoh anda untuk mahir dan menguasai sukan ini dan yang lebih utama adalah untuk keselamatan anda.
Di Cyberjaya pada setiap Sabtu atau Ahad. Sila rujuk PETA untuk kedudukan padang
Kerana modal permulaan agak besar, elok sekiranya anda mencuba dahulu sukan ini dengan menggunakan peralatan disediakan di SWYM. Jika serasi sukan ini dengan anda barulah boleh anda berbelanja untuk mendapatkan peralatannya.
Serendah RM10k dan setinggi RM40K.
Orang yang mempunyai minat yang kuat akan bekerja kuat, simpan duit dan buat pinjaman bank kalau layak. Sebab pengalaman memandu terbang pesawat anda sendiri adalah tak ternilai
Sesingkat 2~3 hari atau sekurang-kurangnya 20 jam untuk menjadi mahir. Bergantung kepada kecekapan individu dan kebolehannya.
Serendah 6 kaki ke 10000 kaki. Tapi kebanyakan mereka yang terbang gemar membuat terbangan disekitar 200kaki ke 500 kaki. Altitud yang dibenarkan oleh DCA adalah dibawah 500 AGL.
Bergantung kepada jenis Paraglider yang diguna. Secara purata kelajuan nya adalah diantara 20km/j ke 50km/j.
Bergantung kepada keadaan angin, kuasa motor dan pengalaman. Anda boleh berlepas selangkah dua atau berlari hingga ke penghujung padang.
Sesiapa yang sihat fizikalnya dan berupaya menyandang motor seberat 20kg ke 30kg dibelakang badan.
Bagi sesetengah orang mereka merasa gayat pada kali pertama diudara tergantung dibawah paraglider. Tapi kemudiannya akan merasa seronok dan mengasyikan melihat bumi tuhan dari perpekstif baru. Anda kena alami sendiri untuk mengetahuinya.
Sukan Luncur Udara Bermotor tidak memerlukan lesen.
1 ke 4 jam bergantung saiz tangki minyak enjin anda, jenis paraglider dan gaya terbangan anda.
Oh tidak. Anda boleh meluncur turun dengan perlahan dan selamat.
Anda digalakan untuk memakai topi keledar keselamatan. Dengan memakai topi keledar bunyi enjin yang kuat dapat dikurangkan dan mengelak kecederaan ketika anda terjatuh. Memakai "flight suit" mengelak barang barang kecil dari poket baju/seluar dari disedut kedalam kipas ketika terbang disamping anda nampak lebih segak dengan flight suit
Tiada had umur, hanya kesanggupan dan keupayaan individu sahaja tanpa mengira jantina.
Anda boleh memakai penyumbat telinga (boleh didapati difarmasi dan hardware shop) untuk mengurangkan kebisingan enjin.



